Dua lelaki bawa parang ditahan, cuba ceroboh Istana Negara |
|
Polis semalam menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara, dengan sebilah parang di dalam kereta mereka.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa, kejadian berlaku kira-kira 4.40 petang ketika suspek tiba di Pintu 3 Istana Negara dengan menaiki Perodua Kembara. |