♫musicjinni

Banjir 2021 di Malaysia dan Muhasabah Perubahan Iklim Dunia #climatechange

video thumbnail
Tidak mudah untuk kita melabel sesuka hati bahawa musibah ini adalah petanda murka Allah, hukuman dan sebagainya. Jauh sekali. Tetapi alam ini tidak bekerja secara rawak tanpa sistem. Ia mengikut hukum alam dan hukum alam itu Allah letakkan ia pada neraca keseimbangan:

Di dalam surah al-Rahman, Allah menyebut:

وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلْمِيزَانَ

Dan demi langit yang ditegakkan ia, dan diletakkan al-Mizan (pengimbang).

أَلَّا تَطْغَوْا۟ فِى ٱلْمِيزَانِ

Agar dengan mengetahui hal itu kalian tidak bersikap melampau pada mengekalkan keseimbangan.

Climate change bukan topik yang mudah untuk menusuk ke hati kita. Ia berlaku pada skala besar dan penyebabnya boleh ditunding kepada pelbagai pihak.

Tetapi, sama seperti banyak cabaran lain, penyumbang kepada terbentuknya masalah-masalah itu adalah faktor-faktor kecil dan individu. Ini amat susah sebab jika kita berubah sedangkan orang lain tidak berubah, tiada apa yang kelihatan berubah. Di kala itu, apakah pilihan kita? Terus berubah atau lantakkan sahaja?

Kita bersihkan sekitar rumah, tiada air bertakung, tiada tayar bergelimpangan, tiada tempat untuk nyamuk membiak. Tetapi rumah sebelah lain ceritanya. Rumah baris depan juga berbeza. Jika nyamuk membiak di rumah berkenaan, demam denggi bukan hanya risiko tuan rumah itu tetapi kita juga.

Di sinilah kita teringat kepada firman Allah:

وَٱتَّقُوا۟ فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ مِنكُمْ خَآصَّةً ۖ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ

Dan takutlah kamu kepada bencana yang tidak hanya menimpa khusus ke atas mereka yang zalim daripada kalanganmu semata-mata. Ketahuilah sesungguhnya Allah itu amat keras hukuman-Nya. (Al-Anfal 8: 25)

Apabila korupsi melata, amar makruf nahi munkar yang bersifat tegur menegur ingat mengingatkan sesama kita diabaikan, di kala itu musibah melata menimpa semua. Yang jahat, yang baik, semua kena belaka.

Semasa di Finland, saya melihat sendiri perubahan iklim secara agresif. Saya tinggal di Oulu, hanya sekitar 200km daripada garisan Artik kutub Utara. Muslim sejuk pertama kami pada tahun 2016-2017, suhu jatuh melebih -30 darjah celcius dan musim panas adalah antara 13 ke 20 darjah sahaja. Tetapi tahun demi tahun, suhu musim panas naik melampau hingga melebihi 30 darjah celcius. Ini bukan Malaysia atau Jordan. Ini Finland, Oulu, kutub utara… bagaimana boleh cuaca menjadi begitu panas? Jun 2020 mencatat suhu paling panas di dalam sejarah di Kutub Utara, mencecah hingga 38 darjah celcius!

Bongkah ais mencair, air laut meningkat, suhu panas, cuaca ekstrim… bagaimana kita hendak memberhentikannya?

Secara teori kita tahu apa yang perlu kita buat.

Satu benda yang saya secara peribadi tidak tahu ialah, apa yang perlu dibuat untuk menyedarkan masyarakat agar mengubah cara hidup dan sikap terhadap alam sekitar. Sesungguhnya saya tidak tahu.

Tetapi, banyak keputusan kecil dan besar, sudah perlu bersungguh-sungguh mengambil kira soal climate change ini.

Semasa memilih rumah, kami elak rumah berdekatan sungai dan terusan. Pilih yang di atas kawasan tanah tinggi. Ia bukanlah jaminan. Ireland juga saban tahun dilanda taufan yang semakin ganas. Baru-baru ini Taufan Barra bertiup hingga mencecah 150km/j. Cuma, risikonya mungkin tidak seperti risiko banjir.

Pakej perlindungan rumah, kenderaan dan harta benda juga dalam takaful / insurans juga kita perlu mengambil serius akan faktor bencana alam yang semakin membimbangkan.

Itu antara sebahagian keputusan kecil atau besar yang mudah difikirkan oleh kita semua. Manakala soal gaya hidup, saya tak berani nak cakap sebab saya tak tahu saya mampu buat atau tidak.

Permulaannya, kami patuh kepada peraturan di Ireland yang sudah established yang mana semua bahan buangan rumah kami mesti dinyah secara sistematik antara biodegradable, recyclable, general waste, minyak masak kena dibotolkan dihantar ke pusat buangan khas. Itu standard semua orang di sini.

Barangan elektrik khususnya gajet seperti iPad sekolah anak-anak, saya beli di refurbished.ie untuk kurangkan pembelian barangan baharu. Pakaian, saya elakkan membeli fast fashion seperti produk Zara, Primark (Penny’s)… Itu sebahagian yang mampu saya lakukan.

Manakala makanan, kami secara berperingkat mengurangkan makan daging dan ayam, walaupun isu utamanya adalah mass production.

Kalau pun musibah ini bukan salah kita secara peribadi, ia tidak menghalang kita daripada bermuhasabah. Firman Allah:

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِی ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَیۡدِی ٱلنَّاسِ لِیُذِیقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِی عَمِلُوا۟ لَعَلَّهُمۡ یَرۡجِعُونَ ﴿ ٤١ ﴾

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (41)

Ar-Rum, Ayat 41

16 Coolest Gadgets for Men That Are Worth Seeing

8 Simple Exercises to Get the Perfect Slim Body in 30 Days

Mozart Effect Make You More Intelligent. Classical Music for Brain Power, Studying and Concentration

Journalist questions US official who says ICC has no jurisdiction | AJ #shorts

Top tips for setting goals | Freeletics Expert Series

Klay Thompson Recovery Comeback Photos! 2021 NBA Playoffs

30+ Little-Known Tricks to Read Strangers Like an Open Book

31 Small Secrets Hidden in Everyday Things

35+ Skills When You Need to Act Fast to Survive

🔴Baby cartoons for kids & Hop Hop the owl full episodes LIVE. Street vehicles for kids.

10 Easy Ways to Improve Your Back In No Time

Better Saffron Than Sorry

Chef Tanya's Cajun White Castle Burger - Chicago | For the Love of the Slider

Rob Lowe's DirecTV Commercials - Cracked Responds

Is This Skin FINALLY Being Released?!

13 Coolest Gadgets for Men That Are Worth Seeing

10 Coolest Gadgets And Inventions You Should Have

Deep Dive into Fallen Kingdom's Incredible Jurassic VFX!

That's Why Piggy Banks Are Pigs

Going out of bounds in games

Patlu❤Bheem Changes his CHARACTER😅#shorts #drawing #motuaurpatlu #youtubeshorts

22 Riddles With Answers That'll Help You in Real Life

PS5: The UI Will Blow Your Mind

How to Start a Dragon Academy

18 Coolest Gadgets That Are Worth Seeing

Miles Bridges Arrested Day Before Free Agency! 2022 NBA Free Agency

Fast Track for Creating Professional 3D Models

Hidden Purposes of 15 Things You Have

That's Why Smartphones Are Rectangular

What If You Spent a Month on Snake Island?

Disclaimer DMCA