Calon PH akui berdepan provokasi, politik tidak seharusnya permusuhan - Pang |
|
Calon PH pada PRK Kuala Kubu Baharu Pang Sock Tao berharap politik menggunakan provokasi dan fitnah sepatutnya tidak berlaku.
Mengakui berdepan situasi provokasi daripada pihak lawan ketika berkempen, Pang berkata dia sebagai anak muda mahu membawa politik baru kepada rakyat Malaysia. Pang berkata, politik tidak seharusnya mengenai provokasi, fitnah dan permusuhan dan dia tetap akan fokus meneruskan kempen bagi mendekati pengundi Kuala Kubu Baharu. |