Terjun tingkat satu elak ditahan polis |
|
Terjun dari tingkat satu sebuah hotel untuk meloloskan diri daripada ditahan polis.
Itu tindakan terdesak pelacur warga Thailand selepas lokasi aktiviti maksiatnya diserbu jam 9.30 malam 5 Julai. Serbuan serentak di dua hotel bajet di Setapak dan Pudu berjaya menahan 14 wanita warga Thailand yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) serta JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hasil risikan dan maklumat awam. Menurutnya, setiap wanita berusia 26 hingga 45 tahun yang ditahan menyewa bilik di hotel bajet itu untuk aktiviti pelacuran. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/727028/terjun-tingkat-satu-elak-ditahan-polis ------------------------------------- #HMETRO #METROTV Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my Please like http://www.facebook.com/harianmetro Please follow http://www.twitter.com/hmetromy And also our http://www.instagram.com/hmetromy |