Penubuhan cawangan DAP Melayu baru bukan gimik PRK - Teresa Kok |
|
Naib Pengerusi DAP Teresa Kok menafikan bahawa penubuhan cawangan Melayu yang baru di Hulu Selangor merupakan gimik politik semepna PRK Kuala Kubu Baharu.
Menurut Teresa, persiapan mewujudkan cawangan baru, DAP Melayu cawangan Jalan Kemboja itu sudah dimulakan setahun lalu bersama bekas Adun Kuala Kubu Baharu,Lee Kee Hion. Terdahulu, seramai 50 ahli berusia 21 hingga 30 tahun menyerahkan borang keahlian DAP bagi cawangan baru yang diterima Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo di Pusat Khidmat Adun Kuala Kubu Bharu hari ini. |