Surah Al Kausar (Terjemahan Rumi) |
|
Surah ini disifatkan sebagai penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kewafatan dua orang yang sangat dikasihinya iaitu anak lelaki Ibrahim dan bapa saudara Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini yang boleh kita amalkan sebagai penawar : 1. Jika dibaca 1000 kali, insyaAllah rezeki akan bertambah. 2. Membaca surah ini ketika hujan turun sambil berdoa, mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kita. 3. Jika kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokkan tangan di leher, InsyaAllah hilang dahaga. 4. Jika sering mengalami sakit mata, umpamanya mata berair, gatal-gatal ataupun bengkak, sapukan air mawar yang telah dibaca surah ini sebanyak 10 kali pada mata, insyaAllah sembuh. 5. Jika rumah dipercayai terkena sihir, bacakan surah ini sebanyak 10 kali, mudah-mudahan Allah memberikan ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu. 6. Jika rajin membaca surah ini, hati akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat. 7. Sekiranya seseorang teraniaya sehingga dimasukkan ke penjara, bacalah ayat ini sebanyak 71 kali, InsyaAllah pertolongan Allah akan datang kepadanya disebabkan dia tidak bersalah tetapi telah dizalimi. |