Loke akan teruskan rundingan projek KXP, mesti ikut proses – Anwar |
|
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan tidak pernah menolak untuk berbincang atau meneliti semua projek infrastruktur yang memberi manfaat kepada rakyat.
Anwar berkata projek seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) mesti melalui proses tertentu secara teliti kerana ia merentas bidang kuasa negeri dan Kerajaan Persekutuan. Jelas Anwar lagi, isu KXP dahulunya tergantung kerana ia tidak mengikut proses sepatutnya, bagaimanapun kesediaan pimpinan Kedah untuk terus bersama-sama meneliti cadangan projek itu mungkin akan membuatkan proses perbincangan dapat disegerakan. Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?ref=watch_permalink&v=814289783930644 |