MB Perlis ditahan SPRM atas dakwaan salah guna kuasa |
|
Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini.
Menurut sumber dia ditahan di ibu pejabat agensi antirasuah itu selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa berhubung siasatan yang sedang berlangsung ke atas anak lelakinya. Difahamkan Mohd Shukri ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan salah guna kuasa. |