'Terkejut sebab saya dilabelkan macam jenayah berat' - Papagomo |
|
Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyalahguna kuasanya dengan mencampuri sistem kehakiman negara.
Papagomo berkata, dia terkejut selepas pihak pendakwaan memohon supaya tiada jaminan diberikan dan perintah larangan bersuara terhadap defendan. Jelasnya lagi, dia juga terkejut kerana dilabel dalam jenayah berat sedangkan kes yang dihadapinya dibawah Akta Hasutan dimana perdana menteri dan kerajaan yang ada melaungkan untuk menghapuskan akta berkenaan. |