♫musicjinni

Perbarisan Kehormat Penguatkuasa PPj 2022

video thumbnail
PRESIDEN PERBADANAN PUTRAJAYA SERU PENGUAT KUASA SENTIASA TEGAS DAN BERHEMAH
PUTRAJAYA, 1 NOVEMBER 2022 – Sambutan Hari Penguat Kuasa Perbadanan Putrajaya pada tahun ini telah diadakan dengan penuh protokol dan istiadat di mana perbarisan kawalan kehormat yang melibatkan seramai 60 Anggota dan 3 pegawai.
Majlis Perbarisan yang diadakan di Gerbang Kompleks PPj disempurnakan oleh YBhg. Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj). Majlis Perbarisan ini turut disertai oleh Tuan Haji Nik Shukri Bin Nik Soh, Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Tuan Mohd Ali Bin Jusoh, Pengarah Bahagian Penguatkuasa PPj.
Sambutan Hari Penguatkuasa diadakan bagi memperingati sejarah penubuhan Pasukan Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya di mana pada awalnya hanya 6 anggota sahaja pada 17 Ogos 1998. Kini kekuatan anggota Penguat Kuasa PPj adalah seramai 107 orang selaras dengan pertambahan fungsi dan keperluan tugasan yang semakin mencabar.
Hari Penguat Kuasa yang disambut saban tahun adalah bertujuan untuk mengukuhkan identiti dan kesetiaan kepada organisasi di samping memberi penghargaan kepada anggota Penguat Kuasa yang sentiasa bertindak secara tegas dan berhemah di dalam memastikan tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah saksama dan sah disisi undang-undang.
Majlis perbarisan pada kali ini menyaksikan seorang pegawai Penguat Kuasa iaitu Inspektor Kanan Abdul Samad Bin Haji Sulaiman dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Terpuji yang dikhaskan kepada beliau yang bakal bersara pada 31 Mac 2023. Manakala 7 anggota Penguat Kuasa dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Setia dan Pingat Perkhidmatan Penguat Kuasa sebagai tanda penghargaan pihak Perbadanan Putrajaya kepada anggota yang telah berkhidmat melebihi 10 dan 20 tahun.
Majlis juga turut menyaksikan Ketua Pengarah Penyiaran, YBhg. Dato’ Haji Che Roslan Bin Che Daud mengetuai senarai penerima Lencana Kehormat Kemahiran Berkuda dengan diikuti oleh 5 penerima lain yang terdiri dari Naib-Naib Presiden PPj dan juga Pengarah-Pengarah PPj.
Sehingga Oktober 2022, Penguat Kuasa PPj telah melaksanakan sebanyak 240 tundaan dan 1,370 apitan telah dibuat dan sejumlah 27,590 Notis Kompaun pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dan bilangan kompaun ini dijangka akan meningkat sehingga akhir tahun ini. Disamping itu, Penguat Kuasa PPj telah melaksanakan 12 Operasi Bersepadu antaranya ialah Ops Rempit, Ops Halangan Siar Kaki Premis, Ops Halangan Lalulintas dan Ops Sisiran Tasik.
Isu kenderaan terbiar juga turut menjadi permasalahan utama dan sehingga kini sebanyak 113 kenderaan telah ditunda ke depoh simpanan dalam memastikan Putrajaya tidak cacat dengan kenderaan buruk terbiar.
Dalam meningkatkan prestasi bayaran kompaun, Bahagian Penguat kuasa dengan kerjasama Jabatan Undang-Undang dan Bahagian Kewangan turut menggandakan usaha mempercepatkan tempoh kes pendakwaan di mahkamah dan meneruskan kempen bayaran kompaun pada waktu bersesuaian.
Penguat Kuasa PPj juga digalakkan untuk meneroka penggunaan teknologi pada masa kini sebagai alat menyokong tugas-tugas penguatkuasaan juga perlu diperluaskan bagi memastikan keberkesanan tindakan penguatkuasaan dan membantu dalam memudahkan dan mempercepatkan perlaksanaan tugasan.
Presiden PPj menyeru agar Bahagian Penguatkuasa PPj terus merancang dan melaksanakan aktiviti dan program samada di peringkat dalaman mahupun luaran yang menjurus kepada meningkatkan kecemerlangan dan mutu perkhidmatan di samping mempertahankan Imej Penguatkuasa dan PPj. Adalah menjadi harapan semua pegawai dan anggota penguatkuasa menyelami dan memahami bahawa setiap tindakan yang diambil adalah demi “Kesejahteraan Masyarakat Putrajaya Dan Semua Pemegang Taruh Melalui Penguatkuasaan Yang Tegas Dan Berhemah”.

#putrajaya #KeluargaMalaysia #perbadananputrajaya #HariPenguatkuasaPPj2022 #indahnyaputrajaya

Perbarisan Kehormat Penguatkuasa PPj 2022

SELAMAT HARI PENGUATKUASA PERBADANAN PUTRAJAYA(PPJ)-2023

Majlis Perhimpunan Bersama Presiden Perbadanan Putrajaya ( PPj ) Sukuan Ke 2 Tahun 2023

Perbadanan Putrajaya (PPJ) - Putrajaya Open Day 2024 - CRRC Zhuzhou Institute ART Tram

Kompleks PPj Putrajaya 2021

Unit Berkuda PPj simbol kemegahan Putrajaya

Pencapaian Perbadanan Putrajaya 2021

BondaMama Putrajaya Havoc, No actions from PPJ after several complaints.

Majlis Perbarisan Ulung Presiden Baharu Perbadanan Putrajaya ke 7

TERKINI : Gaji Dah La Sikit "Kami Terpaksa Ikat Perut" - Penyewa PPj

PPj dan Petronas menandatangnai MoU pembangunan Hub Inovasi di Putrajaya

Best Go Perbadanan Putrajaya

PPj anjur Hari PPK, erat interaksi dengan komuniti Putrajaya

PPj, Kelab Media Putrajaya santuni petugas barisan hadapan

PENGUATKUASA PERBADANAN PUTRAJAYA TEGAS DAN BERHEMAH

LightItBlue Wilayah Persekutuan Putrajaya - Ucapan Datuk Dr. Aminuddin Hassim, Presiden PPj

PPj, Kelab Media Putrajaya santuni petugas barisan hadapan

25 Tahun Mencintaimu, Putrajaya

01September2019 Perbadanan Putrajaya (PPj)

PRU 15: PPj siap sedia bagi proses pengundian

PPj and Putrajaya Media Club show appreciation to frontliners

Hari Keluarga PPj pada 21 Dis 2013

PPj dan Apex Communications Meterai Janji Pembangunan Residensi Keluarga Malaysia Cengkih P16

Program Jalan Kaki bersama Presiden Perbadanan Putrajaya. Setiap Khamis jam 5.00 petang.

Perbadanan Putrajaya building, Federal Territory of Putrajaya.

Misi Bantuan Banjir KWP dan PPj di Mentakab & Temerloh Pahang (Day 2)

Bingkisan Hari Raya BKK, PPj

Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim

Hampir 700,000 pokok telah di tanam di seluruh Putrajaya - PPj

PERBADANAN PUTRAJAYA MALAYSIA

Disclaimer DMCA